Tuesday, November 19, 2013

Kitar Hidup yang masing-masing sibuk kejar.

Perasan tak bila kita sekolah rendah kita tak sabar nak naik sekolah menengah.
Bila dah sekolah menengah tak sabar betul nak habis SPM nak masuk universiti/kolej.
Lepas tu bila tengah sambung Diploma tak sabar nak habis nak sambung Degree.
Lepas tu tengah ambil degree tak sabar nak habis study nak kerja.
Ada tu nak sambung Master pulak.

Dah kerja nak lah beli rumah.
Beli harta. Beli kereta.
Dah cukup semua nak kumpul duit nak kahwin pulak.
Dah kahwin teringin nak anak pulak.
Penyeri rumah tangga.
Lepas tu nak anak-anak cepat besar sebab cadang nak berehat.
Tak dan nak berehat baru kita sedar kita dah tua.
Selama ni kita penat kejar semua benda.

Perasan tak hidup kita semua penuh dengan keinginan.
Nak capai something yang kadang-kadang buat kita penat.
Mengah woooo.

Stop doing that.
Enjoy your life.
Jangan terlampau terikat.
Jangan terlalu berfikir.

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...